Sunday, October 11, 2020

Online Sellers : Mudah, Murah & Senang Dengan Gdex

Terima kasih Gdex sebab dah memudahkan urusan pengeposan saya. Lepas ni dah tak perlu keluar pos barang lagi.

Murah pulak tu!

Online sellers yang selalu keluar post barang tu mesti nak tahu kan. Dengan Gdex, tak payah keluar pos barang dah, boleh minta Gdex datang ambil dekat rumah je. Kalau ada nak minta Gdex collect barang dekat mana2 pun boleh.

Ni kali ke-2 saya guna khidmat Gdex. 

Pertama kali guna dulu masa PKP, baju raya baby tertinggal dekat kaunter Mark & Spencer dekat 1 Utama KL tu. Barang dekat dalam anggaran RM500 juga. Dari Kerteh, Terengganu nak pergi masuk shopping mall dekat KL tu, dengan keadaan PKP, COVID merata-rata, memang tak lah kot.

Fikir-fikir, teringat lah Gdex. Alhamdulillah, Gdex boleh pergi ambil walaupun dekat dalam shopping mall. Hari ni request dengan Gdex. Esoknya terus barang sampai dekat rumah. Masa ni orang Gdex yang tolong arrangekan. So tak pandai lagi guna system diorg.

Alhamdulillah, rezeki baby, ada lagi baju-baju tu.

Kali ni pula, saya ada nak ambil supplement Shaklee dengan upline dekat Cheras. Tapi dia tak boleh nak keluar post barang, sebab tengah buat renovation rumah, so tak boleh nak tinggal rumah. Paling awal katanya Isnin depan baru dapat hantar. Uish, lambat jugak tu.

Duk fikir-fikir, teringat dekat Gdex. Ehhh Gdex boleh pergi ambil juga lah! Excited!

Dan sekarang, saya dah pandai guna sistem myGdex!

1 kilo barang Gdex charge RM5.30 sahaja, tiada charge untuk Gdex pergi ambil barang dekat rumah.  TAPI, kena ada akaun e-Wallet.

Kalau tak ada akaun e-Wallet, setiap kali Gdex pergi ambil barang, Gdex akan kenakan cas tambahan RM5.

Contoh nak minta Gdex datang ambik barang berat 1 kilo, tapi tiada akaun e-wallet.

Barang berat 1 kilo: RM5.30

Cas ambil barang dekat rumah : RM5.00

Jumlah : RM10.30. Rugikan. tak pasal2 kena bayar Rm10.30. Patutnya RM5.30 jerrrrrr.

Mesti korang nak tahu juga macam mana caranya kan. Boleh rujuk cara dekat bawah. Senang je.

Mula-mula, buka website myGdex di https://my.gdexpress.com/

Kalau dah ada akaun myGdex, boleh terus Log In. Kalau tak ada, perlu register dahulu.


Untuk register myGdex. Click sign up dan isikan butiran yang diperlukan. Lepas tu klik Verify Profile dekat bawah belah kanan. Nanti Gdex akan hantar Verification Code dekat handphone dan masukkan je code tu dekat situ & klik Verify.

Lepas dah register, masuk balik website https://my.gdexpress.com/ & Log In.

Seterusnya, kalau dah ada akaun e-wallet, cek dulu berapa baki duit yang ada. Kalau tak ada, boleh topup sahaja. caranya dekat bawah.

Klik My Credit  >> e-Wallet Top Up

Boleh pilih berapa amount yang kita nak topup. Minimum RM100, maksimum RM10,000. Untuk permulaan, saya hanya topup RM100.

Bila dah berjaya topup, korang akan nampak baki duit dekat situ. Sekarang, dah boleh guna aplikasi myGdex dengan lebih MURAH.


Situasi saya sekarang, saya nak Gdex pergi ambil barang dekat rumah upline saya di Cheras.

Klik Send Package. Akan keluar seperti gambar di bawah. Boleh pilih. 

Kalau 1 barang, klik Single  Recipient. Kalau banyak barang, klik Multiple Recipient & begitu juga kalau Bulk Shipment

Untuk kes saya, saya hanya perlukan Single Recipient, sebab ada 1 bungkusan sahaja.


Seterusnya, akan keluar paparan seperti di bawah. Perhatikan Sender Details dengan Receiver Details.

Kalau korang nak hantar barang pada orang lain, Sender Details tu alamat korang sendiri, Receiver Details tu alamat di mana korang nak hantar barang tu.

Untuk kes saya, saya nak Gdex ambil barang dekat rumah upline saya di Cheras & hantarkan pada saya dekat Kerteh.

So, Sender details tu alamat upline saya di Cheras, Receiver Details tu alamat saya dekat Kerteh.

Scroll ke bawah lagi,

Lodge In tu kalau nak pergi drop parcel tu dekat Office Gdex. Kalau pergi drop sendiri. Barang berat 1 kilo RM5.30 sahaja.

Kalau nak Gdex datang ambil barang tu dekat rumah, klik Pick-Up.

Bila ada akaun e-Wallet, Pick-Up kos tu PERCUMA! 😍😍

Kalau tak ada akaun e-Wallet, Pick-Up kos tu RM5 setiap kali Gdex pergi ambil barang dekat rumah kita. 

Rugi kan kalau tak ada akaun e-Wallet.

Isikan semua, nak Pick Up pukul berapa, barang besar mana, perlu pakai Van ke tak.

Dan dekat remark tu boleh tulis apa-apa sahaja notes. 

Contoh yang saya tulis "Please call Sender before come for Collection"

Dan, scroll ke bawah lagi, akan keluar paparan Parcel Details seperti di bawah.


Selepas selesai isi semua. just klik Quote. Dan terus akan keluar paparan seperti di bawah.

 
Nampak tak, dengan adanya e-Wallet, harga dekat bawah tu RM5.30 sahaja walaupun Gdex datang ambil dekat rumah. Jimat duit. Ji,at masa.


Akhirnya, taraaaaa. Dah siap. Consignment Note pun keluar. 

Tapi, barang tu korang kena bungkus siap2 tau. Bukan bagi dekat Gdex tanpa bungkusan. 

Seterusnya print Consignment note tusebab nanti bila Gdex datang ambil, dia akan terus scan "bar code" yang ada dekat slip tu.

Dan pastikan tulis Nombor Consignment Note tu dekat atas bungkusan tersebut untuk mengelakkan barang tertukar.

Kalau tak ada printer, kawtim lah dengan orang Gdex tu minta tolong diorg printkan. Hehe. (yang ni tak dijamin ya).

Mudah kan.

Murah pulak tu.

Dan yang penting, lepas ni saya tak perlu lagi pergi pos barang during lunch hour!

Untuk barang saya tu, hari ni InsyaAllah Gdex pergi ambil. Esok atau lusa selamat lah sampai dekat tangan saya. 

Bahagianyaaaaa rasa.

Dan tak lupa, Thank You to Uda Gdex Paka sebab dah tolong memudahkan urusan kakakmu ini.

Semoga urusan Uda untuk bulan 12 nanti pun dipermudahkan.

TQ tau Uda.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Terima Kasih kerana singgah di cantikmamma.blogspot.com.

Pengedar Shaklee Kerteh

Pengedar Shaklee Kemasik

Pengedar Shaklee Paka

Untuk dapatkan harga produk yang lebih murah & sebarang pertanyaan boleh hubungi saya terus di talian 019-9721404.  

Ketahui cara untuk mendaftar sebagai ahli & kelebihan mendaftar sebagai ahli, anda boleh Klik Disini.

Anda juga boleh terus daftar keahlian Shaklee anda dengan klik pada link ini : https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=922665







5 comments:

  1. Sekarang ini semua di hujung jari.
    Senang hendak dapat barang tanpa keluar.

    ReplyDelete
  2. senang nya. betul time sekarang ni malas nya nak keluar2 selalu.
    ida.. ewallet tu ada expired date tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikut saya tengok dalam system tu, RM100 saya topup e-wallet, free pick up sehingga Oct 2021. Kira confirm habis lah.

      Delete