Wednesday, September 23, 2020

Ajaibnya Jemputan Umrah

 

Bismillahirrahmanirrahim.

Walau lebih kurang 4 tahun dah berlalu, tapi rasa masih segar lagi kenangan mengerjakan umrah bersama suami, anak (masa ni anak baru seorang, umur 3 tahun), mak, ayah, pakcik & makcik semua. 

Bayangkan daripada 40 orang rombongan umrah kumpulan kami kali ini, 23 orang adalah ahli keluarga saya dan rombongan umrah kali ini di ketuai oleh bapa saudara saya sendiri.

Ya Allah. Terima kasih untuk rezeki yang tak ternilai ini.

Sayu, seronok, syahdu, semua ada. Sampai sekarang pun perasaan tu masih ada dalam diri ini.

Bila teringat balik kenangan ni,  memang tak pernah terlintas untuk mengerjakan umrah. 

Asalnya mentor Shaklee ada minta kami tulis target & tampal pada tempat yang senang kita nampak. 

Kita ni, bila tulis target, mesti akan tulis nak pergi Haji, nak pergi umrah. Betul tak?. Bila tak tulis rasa macam tak kena pulak kan. Sebab dari kecil kita kena hafal "mengerjakan haji bagi yang mampu". :)

Bermula dari situ, saya cuba tulis apa yang saya impikan. Saya tulis & tampal pada work station.

Ini target yang saya tulis pada tahun 2014.
 
Target depan Workstation
 
Masa buat target ni, kami dah beli rumah. Dan tarikh bakal dapat kunci rumah memang seperti dalam target walaupun selepas 2 tahun baru dapat kunci rumah. :)
 
Seterusnya adalah target saving yang saya tulis pada masa itu adalah RM100k dan perlu capai pada Oktober 2015.
(Dengan komitmen yang sedia ada, hati rasa sangsi dengan jumlah yang diharapkan. Tapi, pujuk hati sendiri, rezeki pasti ada).

Tak lupa juga,  saya tulis target untuk pergi UMRAH pada tahun 2016. Tak ada dalam kepala pun dengan siapa kami akan pergi, ye ke nak pergi, boleh ke pergi, tapi sentiasa rasa dalam hati yang "aku nak pergi umrah".
 
Dan ada sekali tu, masa kami sembang pasal bercuti, terlintas lah pasal UMRAH. Saya ada bagitau suami. "kalau kita dapat simpan duit RM100k, kita wajib pergi umrah. Saya tak nak kita pergi ke tempat-tempat lain yang perlukan kos yang besar selain umrah. Dah settle umrah baru kita buat benda lain". Dua-dua setuju, so berlalu lah cerita umrah.
 
Sampai lah Oktober 2015, tiba-tiba duit kami cukup RM100k. 
 
MasyaAllah, rasa macam mimpi ke apa ni? Tak pernah terfikir pun dengan usia yang agak muda, bukan daripada keluarga kaya raya, kami berjaya kumpul duit sampai RM100k. 
 
Masa ni dah mula risik-risik pakej mana nak pergi. Bila nak pergi. Sampaikan asal nak pergi bercuti je teringat umrah. Dan saya "hold" nak mengandung sebab nak pergi umrah dulu. 
 
Bila lama sikit senyap cerita umrah ni saya akan ingatkan balik suami saya. Sebab rasa bersalah pada diri sendiri. Rasa macam berdosa sebab dah janji. 
 
Masa ni ada dengar-dengar makcik pakcik pun nak pergi sekali. Tapi dalam hati fikir, diorang ni sungguh-sungguh ke tak. Bila nak pergi. Sebab masa ni saya rasa saya kesuntukan masa. Aim saya masa ni, saya nak cepat-cepat pergi umrah.
 
Lepas berbincang, last-last saya bagitau mak ayah & pakcik yang plan nak arrange umrah tu yang kami nak pergi umrah 2016. Tak kira ada orang nak pergi ke, tak nak pergi ke kami tetap nak pergi. Walau kami 3 beranak pun, kami akan tetap pergi.

Alhamdulillah. Dipermudahkan Allah.

Rezeki kami. Bulan 11, 2016, dapat pergi umrah bersama keluarga besar.
MasyaAllah. Besarnya rasa nikmat yang Allah berikan pada kami.

Masa ni, sumpah saya tak perasan pun dekat target ni saya tulis UMRAH 2016. Sebab nampak perkataan UMRAH sahaja.

Selepas beberapa bulan balik dari umrah, baru lah perasan yang ada tulis UMRAH 2016 pada target yang saya dah tulis 2 tahun lalu. 
 
Allahu. Terasa Ajaibnya Jemputan daripada Allah pada kami sehingga tepat pada waktu yang kami harapkan.

 
Dan 3 bulan selepas balik dari umrah juga saya mengandung anak no 2 si Ayra Marissa. 
Alhamdullilah. Rezeki Allah lagi.

Bermula dari detik tu, saya terus sambung buat "target" untuk tahun-tahun seterusnya.

Percayalah. Walau kita rasa mustahil, dalam keadaan tak sedar, target yang kita tulis & tengok setiap hari ni akan sentiasa ikut & bantu kita.

Dalam kita tak sedar, sampai masa kita dapat apa yang kita impikan.

Buat je. Jangan fikir apa orang kata. Kalau ada orang cakap apa-apa pun senyum je. 

Saya pun sama, letak dekat workstation, semua orang baca. Bos saya sendiri pun selalu ulang-ulang baca setiap kali dia datang dekat work station saya. Dan setiap kali tu juga lah saya akan minta dia doakan saya dapat capai semua target ni.

Saya percaya, bila kita ada target, kita ada halatuju. Kita tahu mana jalan yang kita nak lalu. 
 
Ini pula target baru sehingga tahun 2022. Doakan saya dapat capai semua yang diimpikan. Mungkin kecik pada orang lain, tapi besar pada kami. Tak mudah, tapi saya percaya, tiada yang mustahil.


 Target 2018-2022
 
Alhamdulillah. Terima kasih kerana sudi membaca perjalanan Ajaibnya Jemputan Umrah kami.

Semoga anda semua juga dipermudahkan untuk mendapat jemputan Umrah/Haji.

Terima kasih kerana singgah di cantikmamma.blogspot.com.
 
Mohon sedekahkan Al-Fatihah untuk bapa saudara saya (berkerusi roda) yang baru sahaja meninggal dunia 2 minggu lepas.

Yang ikhlas,
Mama anak 3.
Pengedar Shaklee Kerteh. 






Related Posts:

13 comments:

  1. MasyaAllah 🥰 kuasa Allah. Yang penting kita decide nak apa kan. Rasa rindu nak pi lagi jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la. Alhamdulillah dapat apa yang di impikan. Sekali pergi memang rindu nak pergi lagi.

      Delete
  2. masya Allah! Terima kasih share💕

    ReplyDelete
  3. MasyaAllah.. Tumpang happy untuk ida.. Doakan saya juga dapat pergi umrah satu hari ni.. (^-^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. InsyaAllah akan dapat "jemputan" suatu hari nanti.

      Delete
  4. MasyaAllah. Seronoknya bila apa yg kita target tercapai. Doakan saya juga dijemput menunaikan Umrah bersama suami, anak-anak dan parent saya sekali. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah. Semoga dapat jemputan untuk ke sana bersama anak & suami.

      Delete
  5. Masya Allah seronok baca bila target yang kita buat dan tampal tercapai. Doakan Fizah dapat jugak ke sana dengan suami dan anak-anak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seronok. Ssbab long term target. Tiba2 dapat kan.. InsyaAllah, pasti alan dapat "jemputan" tu nanti.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  6. Bestnyaaa... Semoga sy pun dpt mcm ni juga 1 hari nti... 😊

    ReplyDelete