Wednesday, October 21, 2020

Benda Yang Selalu Buat Anak Kita Cedera Ketika Di Rumah

Semua orang rasa selamat bila berada di rumah. Tapi bila ada anak kecil, di mana-mana sahaja akan jadi bahaya.


Semua rumah ada dapur, semua rumah ada perabot. Benda-benda ni semua lah yang selalunya mendatangkan bahaya pada anak-anak kecik. 

Disini saya senaraikan sedikit sebayak apa yang saya buat untuk control bahaya ni pada anak kecil.

1. Pagar di bahagian dapur. 
Pagar ni sangat penting, sebab dekat dapur ada banyak benda bahaya. Adaperiuk nasi panas, kuali panas, pisau atau apa sahaja. Pastikan pintu pagar ini sentiasa di tutup supaya anak kecik tidak masuk ke bahagian dapur tanpa pengawasan ibu bapa. Dekat Shopee ada jual pagar ni.

2. Bilik air/tandas.
Pastikan pintu bilik air/tandas sentiasa tertutup. Banyak kes kanak-kanak lemas atau jatuh dalam bilik air.

3. Bilik tidur. 
Saya ni sejak dari anak sulung, bila anak dah mula pandai bergolek, memang saya tak pernah tidur atas katil. Sebab banyak sangat kes bayi jatuh daripada katil. Buat sementara ni, katil yang ada kita letak dekat bilik sebelah dulu.Sekarang ni tidur atas tilam je.
Tapi, memandangkan tilam yang ada tu pun boleh tahan juga tinggi dia, 13 inci, so saya pasangkan alas span lembut ni dekat bawah. Kalau terjatuh juga, ada lah sikit span yang tampung. Tak ada lah terhantuk terus pada lantai simen. Benda ni saya beli DIY je.



4. Meja makan. 
Perasan tak bila anak dah mula jalan umur setahun lebih, kepala dia dah sama aras dengan meja. Kalau anak saya, berkali-kali juga dah terhantuk dekat tepi meja ni. So saya pasangkan span pelekat ni dekat sekeliling meja ni. DIY ada jual. Murah je. 
 

5. Console table. 
Semua orang nak rumah cantik, tapi dalam cantik ada bahayanya pada anak kecil. Antaranya terhantuk pada bucu meja. Nak elakkan terhantuk direct pada meja keras tu, saya pasangkan span dekat bucu meja. Kalau terlanggar pun tak adalah teruk sangat kecederaan tu. Span pelekat ni sangat tebal. Beli dekat DIY juga.



Dan, jangan lupa, anak kecil ni bila dah mula pandai berjalan, biasanya diorang suka buka tutup laci & bergantung pada console table ni. Pastikan console table ni di skru terus pada dinding. Anak bergantung ke apa, meja tu tak akan terbalik. 

Ada kes anak officemate saya, bergantung pada console table, nasib tak balik meja yang berat + kayu solid tu jatuh atas anak kecil beliau. Bengkak teruk bahagian hidung dia, nasib tak patah tulang hidung. 

6. Almari tinggi & kurus. 
Kalau kita perasan, model almari ikea ni cantik, kurus dan tinggi. Kalau nak hias rumah dengan almari ni, pastikan almari ini juga di skru terus pada dinding. Kalau anak kecik terbuka almari, terpanjat sekali pun, almari tu takkan terbalik. Kalau tak skru ke dinding, memang mudah terbalik kalau anak-anak panjat.

 

7. Rak. 
Rak ni pun satu. Mudah sangat terbalik. Kalau tak boleh nak skru terus pada dinding, ikat rak ni pada struktur yang kukuh. Kukuh bermaksud, kalau anak kita panjat sekali pun, rak ni tak akan terbalik. 

 

8. Televisyen. 
Sekarang ni banyak rumah pakai flat screen. Ada yang gantung pada dinding, ada yang letak TV tu atas kabinet yang rendah tu. TV macam ni sangat mudah terbalik. Pastikan kalau anak2 tarik TV tu tak terbalik. Ini yang saya praktikkan dekat rumah. Kalau setakat baby yang umur setahun yang tarik, insyaAllah tak jatuh. 

9. Jam dinding / cermin dinding. 
Jam ni saya dapat hadiah dari pakcik saya masa kahwin dulu. Bila gantung dekat dinding, memang anak kecil boleh capai. Pastikan dekat tampat gantung tu betul-betul selamat. Kalau anak kita goyang ke apa, insyaAllah jam ni tak jatuh.

 

9. Basikal.
Bila dah ada basikal, nak letak dekat luar takut orang curi. Letak dalam rumah kalau ada anak kecil jenuh lah nak jaga. Risau kena benda tajam, risau terbalik atas diorang juga. Nak mudah, gantung je terus basikal tu pada dinding. Pastikan anak kecik tak boleh capai. Selamat. 

 

10. Almari kasut. 
Yang ni tak ada lah bahaya sangat. Tapi bila ada almari, kalau tak tutup / dia dah pandai buka, memang habis lah. Setiap hari diorang ni akan keluarkan semua kasut yang ada dekat dalam almari ni. Nak mudah, kita ikat je terus. Sekali sekala nak guna baru buka. 

 

Lain-lain, kerusi, meja makan, memang tak boleh nak kata apa lah. Yang tu bila dah pandai panjat, nak tak nak kena jaga. 
Jangan sesekali tinggal anak kecil tanpa pengawasan. 
 
Dan, antara lain yang saya praktikkan adalah, sediakan 1 bilik yang selamat. Selamat tu maksudnya, kalau kita ada urgent nak masuk tandas ke, saya boleh biarkan anak dalam bilik tu. Maksudnya, tak ada benda yang dia bolek panjat, kalau jatuh dari tilam, bawah tu pun dah alas dengan span lembut juga, So lega lah sikit nak masuk tandas kan. (saya guna bilik tidur utama sebab ada tandas sekali dalam bilik tu.)
 
Apa pun, bahaya di mana-mana. Kita cuba control setakat yang boleh. 
Doakan semoga anak kita semua terhindar daripada bahaya walau dimana sahaja mereka berada. 

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Terima Kasih kerana singgah di cantikmamma.blogspot.com.

Pengedar Shaklee Kerteh

Pengedar Shaklee Kemasik

Pengedar Shaklee Paka

Untuk dapatkan harga produk yang lebih murah & sebarang pertanyaan boleh hubungi saya terus di talian 019-9721404.  

Ketahui cara untuk mendaftar sebagai ahli & kelebihan mendaftar sebagai ahli, anda boleh Klik Disini.

Anda juga boleh terus daftar keahlian Shaklee anda dengan klik pada link ini : https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=922665







Continue Reading

Sunday, October 11, 2020

Online Sellers : Mudah, Murah & Senang Dengan Gdex

Terima kasih Gdex sebab dah memudahkan urusan pengeposan saya. Lepas ni dah tak perlu keluar pos barang lagi.

Murah pulak tu!

Online sellers yang selalu keluar post barang tu mesti nak tahu kan. Dengan Gdex, tak payah keluar pos barang dah, boleh minta Gdex datang ambil dekat rumah je. Kalau ada nak minta Gdex collect barang dekat mana2 pun boleh.

Ni kali ke-2 saya guna khidmat Gdex. 

Pertama kali guna dulu masa PKP, baju raya baby tertinggal dekat kaunter Mark & Spencer dekat 1 Utama KL tu. Barang dekat dalam anggaran RM500 juga. Dari Kerteh, Terengganu nak pergi masuk shopping mall dekat KL tu, dengan keadaan PKP, COVID merata-rata, memang tak lah kot.

Fikir-fikir, teringat lah Gdex. Alhamdulillah, Gdex boleh pergi ambil walaupun dekat dalam shopping mall. Hari ni request dengan Gdex. Esoknya terus barang sampai dekat rumah. Masa ni orang Gdex yang tolong arrangekan. So tak pandai lagi guna system diorg.

Alhamdulillah, rezeki baby, ada lagi baju-baju tu.

Kali ni pula, saya ada nak ambil supplement Shaklee dengan upline dekat Cheras. Tapi dia tak boleh nak keluar post barang, sebab tengah buat renovation rumah, so tak boleh nak tinggal rumah. Paling awal katanya Isnin depan baru dapat hantar. Uish, lambat jugak tu.

Duk fikir-fikir, teringat dekat Gdex. Ehhh Gdex boleh pergi ambil juga lah! Excited!

Dan sekarang, saya dah pandai guna sistem myGdex!

1 kilo barang Gdex charge RM5.30 sahaja, tiada charge untuk Gdex pergi ambil barang dekat rumah.  TAPI, kena ada akaun e-Wallet.

Kalau tak ada akaun e-Wallet, setiap kali Gdex pergi ambil barang, Gdex akan kenakan cas tambahan RM5.

Contoh nak minta Gdex datang ambik barang berat 1 kilo, tapi tiada akaun e-wallet.

Barang berat 1 kilo: RM5.30

Cas ambil barang dekat rumah : RM5.00

Jumlah : RM10.30. Rugikan. tak pasal2 kena bayar Rm10.30. Patutnya RM5.30 jerrrrrr.

Mesti korang nak tahu juga macam mana caranya kan. Boleh rujuk cara dekat bawah. Senang je.

Mula-mula, buka website myGdex di https://my.gdexpress.com/

Kalau dah ada akaun myGdex, boleh terus Log In. Kalau tak ada, perlu register dahulu.


Untuk register myGdex. Click sign up dan isikan butiran yang diperlukan. Lepas tu klik Verify Profile dekat bawah belah kanan. Nanti Gdex akan hantar Verification Code dekat handphone dan masukkan je code tu dekat situ & klik Verify.

Lepas dah register, masuk balik website https://my.gdexpress.com/ & Log In.

Seterusnya, kalau dah ada akaun e-wallet, cek dulu berapa baki duit yang ada. Kalau tak ada, boleh topup sahaja. caranya dekat bawah.

Klik My Credit  >> e-Wallet Top Up

Boleh pilih berapa amount yang kita nak topup. Minimum RM100, maksimum RM10,000. Untuk permulaan, saya hanya topup RM100.

Bila dah berjaya topup, korang akan nampak baki duit dekat situ. Sekarang, dah boleh guna aplikasi myGdex dengan lebih MURAH.


Situasi saya sekarang, saya nak Gdex pergi ambil barang dekat rumah upline saya di Cheras.

Klik Send Package. Akan keluar seperti gambar di bawah. Boleh pilih. 

Kalau 1 barang, klik Single  Recipient. Kalau banyak barang, klik Multiple Recipient & begitu juga kalau Bulk Shipment

Untuk kes saya, saya hanya perlukan Single Recipient, sebab ada 1 bungkusan sahaja.


Seterusnya, akan keluar paparan seperti di bawah. Perhatikan Sender Details dengan Receiver Details.

Kalau korang nak hantar barang pada orang lain, Sender Details tu alamat korang sendiri, Receiver Details tu alamat di mana korang nak hantar barang tu.

Untuk kes saya, saya nak Gdex ambil barang dekat rumah upline saya di Cheras & hantarkan pada saya dekat Kerteh.

So, Sender details tu alamat upline saya di Cheras, Receiver Details tu alamat saya dekat Kerteh.

Scroll ke bawah lagi,

Lodge In tu kalau nak pergi drop parcel tu dekat Office Gdex. Kalau pergi drop sendiri. Barang berat 1 kilo RM5.30 sahaja.

Kalau nak Gdex datang ambil barang tu dekat rumah, klik Pick-Up.

Bila ada akaun e-Wallet, Pick-Up kos tu PERCUMA! 😍😍

Kalau tak ada akaun e-Wallet, Pick-Up kos tu RM5 setiap kali Gdex pergi ambil barang dekat rumah kita. 

Rugi kan kalau tak ada akaun e-Wallet.

Isikan semua, nak Pick Up pukul berapa, barang besar mana, perlu pakai Van ke tak.

Dan dekat remark tu boleh tulis apa-apa sahaja notes. 

Contoh yang saya tulis "Please call Sender before come for Collection"

Dan, scroll ke bawah lagi, akan keluar paparan Parcel Details seperti di bawah.


Selepas selesai isi semua. just klik Quote. Dan terus akan keluar paparan seperti di bawah.

 
Nampak tak, dengan adanya e-Wallet, harga dekat bawah tu RM5.30 sahaja walaupun Gdex datang ambil dekat rumah. Jimat duit. Ji,at masa.


Akhirnya, taraaaaa. Dah siap. Consignment Note pun keluar. 

Tapi, barang tu korang kena bungkus siap2 tau. Bukan bagi dekat Gdex tanpa bungkusan. 

Seterusnya print Consignment note tusebab nanti bila Gdex datang ambil, dia akan terus scan "bar code" yang ada dekat slip tu.

Dan pastikan tulis Nombor Consignment Note tu dekat atas bungkusan tersebut untuk mengelakkan barang tertukar.

Kalau tak ada printer, kawtim lah dengan orang Gdex tu minta tolong diorg printkan. Hehe. (yang ni tak dijamin ya).

Mudah kan.

Murah pulak tu.

Dan yang penting, lepas ni saya tak perlu lagi pergi pos barang during lunch hour!

Untuk barang saya tu, hari ni InsyaAllah Gdex pergi ambil. Esok atau lusa selamat lah sampai dekat tangan saya. 

Bahagianyaaaaa rasa.

Dan tak lupa, Thank You to Uda Gdex Paka sebab dah tolong memudahkan urusan kakakmu ini.

Semoga urusan Uda untuk bulan 12 nanti pun dipermudahkan.

TQ tau Uda.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Terima Kasih kerana singgah di cantikmamma.blogspot.com.

Pengedar Shaklee Kerteh

Pengedar Shaklee Kemasik

Pengedar Shaklee Paka

Untuk dapatkan harga produk yang lebih murah & sebarang pertanyaan boleh hubungi saya terus di talian 019-9721404.  

Ketahui cara untuk mendaftar sebagai ahli & kelebihan mendaftar sebagai ahli, anda boleh Klik Disini.

Anda juga boleh terus daftar keahlian Shaklee anda dengan klik pada link ini : https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=922665







Continue Reading

Menonong Sampai Tak Nampak Ciku

Sape sama macam saya?

Kalau jalan tu menonong je ke depan. Hahahahah

Ceritanya, pagi semalam masa keluar rumah nampak ada bekas buah ciku yang dah dimakan oleh burung.

Bau manissss sangat.

Kebetulan abahnya tak ada.

Bila abahnya balik, bising sekali lah anak-anak cerita pasal burung makan ciku dekat atas simen. Tak tahu lah dekat mana burung tu dapat ciku. Tumpang makan je dekat rumah kami. Hahaha.

Dah nampak ciku, terus cakap dekat husband, lama dah tak ada orang jual ciku. Teringin nak makan sangat. Tapi tak ada orang jual.

Tiba-tiba dia jawab.

"Apanya tak ada, makcik tu selalu je jual dekat tepi jalan tu".

Haaaaaa? Memang ternganga lah saya dengar.

Sebabnya dah lama cari ciku, sejak wife sepupu saya mengandung lagi dia mintak saya tolong tengokkan. Kebetulan dia di Kemaman, so dia minta saya tengok-tengokkan kot-kot ada orang jual ciku. Kalau ada dia nak balik Terengganu nak lalu dekat Kerteh ni sebab nak cari ciku.

Tapi, memang tak ada lah. Tak tahu lah betul-betul tak ada atau saya yang tak perasan.

Tup2 pagi tadi kebetulan keluar sekejap nak ambil kereta, suami saya cakap, tu ada je makcik tu jual ciku. (masa ni pun saya tak perasan ada makcik jual ciku).

So saya cakpa tak apa lah, nanti balik lunch hour nak singgah. Nak beli ciku.

Masalahnya, balik lunch hour tu pun tak perasan nak tengok kiri jalan orang jual ciku tu. Jadinya, melepas lagi lah nak makan ciku.

Tak tahu lah kenapa. Jenis menonong je jalan ke depan. Fonus sangat kot untuk ke tempat yang dituju tu sampai dah tak tengok kiri kanan.

Kalau drive kerete, memang jenis tak tengok kiri kananlah. Kalau orang cerita dekat tepi tu ada kedai tu, ada orang jual ni, memang saya tak tahu. Apatah lagi kalau ada yang tanya, kedai sekian2 bukak tak hari ni. Jawapan dia " tak perasan lah ". 

Smacam tu juga kalau keluar pergi pasar malam ke, shopping mall ke, kalau jumpa orang cakap sombong.

Bukan sombong, tapi jenis tak tengok kiri kanan. Tambah pulak mata rabun. Kalau orang tak tegur, memang "sombong" sungguh lah jadinya.

Lepas ni kalau korang jumpa saya dekat mana-mana tegur tau.

Saya ni kalau ajak sembang, sampai esok pun tak habis. Hahahahahha

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Terima Kasih kerana singgah di cantikmamma.blogspot.com.

Pengedar Shaklee Kerteh

Pengedar Shaklee Kemasik

Pengedar Shaklee Paka

Untuk dapatkan harga produk yang lebih murah & sebarang pertanyaan boleh hubungi saya terus di talian 019-9721404.  

Ketahui cara untuk mendaftar sebagai ahli & kelebihan mendaftar sebagai ahli, anda boleh Klik Disini.

Anda juga boleh terus daftar keahlian Shaklee anda dengan klik pada link ini : https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=922665



Continue Reading

Thursday, October 8, 2020

Kesan Pemulihan (Healing Crisis)

 Assalamualaikum semua :)

 Hani ni Ida nak share tentang apa yang orang selalu sebut sebagai healing crisis atau krisis pemulihan. Kadang-kadang bila kita makan supplement, kita tak rasa lebih sihat malah rasa lebih teruk dari sebelumnya. Sebenarnya kita sedang mengalami healing crisis. Jom baca tentang healing crisis oleh Dr. Mary Ruth Swope dari Columbia Unversity ni.


Apakah Krisis Pemulihan (Healing Crisis)?

Krisis pemulihan ialah suatu proses di mana badan seseorang melalui jangkamasa pembersihan dan pembinaan semula. Sebagai sebahagian daripada proses pemulihan, badan seseorang akan mula menyingkirkan sisa toksik yang telah lama terkumpul di dalam badan selama bertahun-tahun.

Semasa proses penyingkiran toksik, badan anda akan mengalami tanda-tanda dan gejala tidak selesa, dan ini diiktiraf sebagai krisis pemulihan. Dalam falsafah Perubatan Cina, pemulihan yang sebenar perlu sentiasa didahului dengan krisis pemulihan.


Mengapa Terjadi Krisis Pemulihan (Healing Crisis) Setelah Mengambil Supplement?

Menurut Profesor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila seseorang mengambil supplement ke dalam diet, nutrien akan bertindakbalas dengan oksigen di dalam tubuh. Tindakbalas ini sebenarnya menggalakkan dan merangsang organ badan supaya bekerja lebih kuat untuk melakukan pembersihan, penghapusan, menggantikan tisu yang lama dengan tisu baru, pengimbangan, dan sebagainya.

Sebagai contoh, anda mungkin mengalami ruam kulit, lebih banyak pergerakan usus. Ini adalah tanda-tanda badan sedang melalui detoksifikasi.
 

 Bayangkan jika badan anda adalah seperti paip besi berkarat, dan apabila anda masukkan ke dalam beberapa ejen karat atau pembersih paip. Pada permulanya, lebih karat akan keluar dari dinding paip (toksik). Ia akan nampak lebih teruk kerana kotoran telah membanjiri paip. Tetapi apabila semua karat telah dibersihakn, paip akan menjadi cantik dan bersih semula.


Adakah Krisis Pemulihan (Healing Crisis) Suatu Petanda Yang Baik?

Ya. Krisis pemulihan adalah satu petanda yang menunjukkan bahawa rawatan atau supplement yang anda ambil, sememangnya berkesan.

Sesetengah orang mungkin fikir bahawa kesihatan mereka semakin teruk, tetapi sebaliknya ia adalah satu proses penyembuhan semulajadi dan ia sememangnya satu petanda yang baik untuk bergerak ke arah kepada proses penyembuhan yang sebenar.

Umumnya, krisis pemulihan hanya berlaku kepada orang yang sihat kerana ia menunjukkan bahawa kesihatan anda masih di tahap yang tinggi untuk membuat respons kepada perubahan biologi semasa proses penyembuhan. Walaubagaimanapun, apabila tidak ada krisis pemulihan berlaku, ia mungkin kerana sama ada tubuh anda sememangnya tiada toksin dan kesihatan anda di tahap yang paling optimum, atau badan anda terlalu lemah dan tidak dapat melalui proses penyembuhan.


Adakah Semua Orang Mengalami Tanda-tanda dan Gejala yang Sama Semasa Krisis Pemulihan (Healing Crisis)?

Semua orang adalah berbeza. Sesetengah orang mengalami krisis penyembuhan sejurus selepas pengambilan supplement, sementara yang lain hanya akan berlaku selepas satu atau dua bulan. Tahap keseriusan juga berbeza. Jika sistem badan lebih toksik, maka dia akan mengalami krisis pemulihan yang lebih berat.


Secara Umumnya, Berapa Lamakah Proses Pemulihan (Healing Crisis) Akan Berlangsung?

 

Ia bergantung kepada keadaan kesihatan individu. Ia boleh berlaku selama 2-3 hari atau 2-3 bulan.


Kebanyakan Orang Berasa Lebih Baik Selepas Mengambil Supplement, Tetapi Saya Telah Mengamalkan Pengambilan Supplement untuk Seketika, dan Saya Tidak Perasan sebarang Perbezaan. Mengapa Ini Terjadi?

Secara umumnya, selepas 1-2 bulan selepas pengambilan supplement, anda akan merasa beberapa perubahan (seperti semakin bertenaga, pergerakan usus yang lebih baik, dll.) Jika anda tidak sedar akan peningkatan apa-apa, penjelasan yang mungkin adalah:

1. Anda tidak mengambil dengan konsisten

2. Anda tidak mengamalkan seperti dos yang disyorkan

3. Takut melalui krisis pemulihan yang teruk, jadi anda berhenti mengambil semuanya sekali gus

4. Gaya pemakanan dan gaya hidup yang tidak seimbang

5. Penyakit kronik - memerlukan tempoh yang lebih lama untuk pulih

6. Keadaan tubuh yang kronik


Tanda Krisis Penyembuhan (Healing Crisisdan Kemungkinan Punca

Tanda Krisis PenyembuhanKemungkinan Punca
Keletihan, berasa mengantukTubuh berasid, fungsi hati yang lemah, terlalu letih, memerlukan rehat yang lebih
Sakit kepala, kepala terasa beratTekanan darah yang tinggi, tanda-tanda detoksifikasi
Demam, demam sedikit, keresahanMetabolisma meningkat, merangsang fungsi imun badan
Cirit-birit, kerap membuang air besar, najis berwarna gelap dan berbau, air kencing berbau busukTanda detoksifikasi, sisa-sisa toksin terkumpul di dalam kolon
Kembung, perut bergasSistem penghadaman yang lemah
Ruam, gatal kulit, peluh berbau busuk, rembesan mukus, kelemumurFungsi hati yang lemah, kesihatan kolon dan sistem penghapusan yang lemah
Pengeluaran lendir seperti kahak, hidung berairFungsi paru-paru lemah, mengeluarkan kahak, tanda detoksifikasi
Hidung berdarahMungkin tanda anemia (tidak cukup darah merah)
Sakit di bahagian otot dan sendiTubuh berasid, toksin terkumpul di tempat yang sakit
Merasa lebih sakit di bahagian yang terjejasProses penyembuhan semakin cepat
Insomnia or atau hiperaktifSistem saraf yang lemah
Haid tidak teratur, perubahan pada kitaran haid, gatal di punggung, semakin banyak mengeluarkan lendirKetidakseimbangan hormon, sedang memperbetulkan hormon
Pendarahan ketika membuang air besarMungkin buasir
Pening, laparHipoglisemia (paras gula dalam darah yang rendah), anemia (tidak cukup darah merah)
Loya, sembelit, seduSistem penghadaman lemah, masalah hati
Slight Edema (bengkak)

Masalah buah pinggang



Bagaimanakah Melalui Krisis Pemulihan (Healing Crisis)?

Pada waktu jangkamasa krisis pemulihan ini, minumlah banyak air bersih, rehat secukupnya, dan makanlah lebih sayuran dan buah-buahan. Selagi kita memahami ini adalah simptom pemulihan, kita akan mudah melalui fasa ini. InsyaAlah. 

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Terima Kasih kerana singgah di cantikmamma.blogspot.com.

Pengedar Shaklee Kerteh

Pengedar Shaklee Kemasik

Pengedar Shaklee Paka

Untuk dapatkan harga produk yang lebih murah & sebarang pertanyaan boleh hubungi saya terus di talian 019-9721404.  

Ketahui cara untuk mendaftar sebagai ahli & kelebihan mendaftar sebagai ahli, anda boleh Klik Disini.

Anda juga boleh terus daftar keahlian Shaklee anda dengan klik pada link ini : https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=922665



 

Continue Reading

Friday, October 2, 2020

Income Surirumah RM5000

Kenapa anda perlu join bisness Shaklee.

Kerana Shaklee tak pernah gagal bayar bonus sejak berpuluh tahun yang lalu. Setiap 14hb bonus Shaklee akan masuk terus ke akaun bank.

Boleh lihat beberapa income daripada Team Maestro.

Suri rumah pun dapat RM5k++.










Terima Kasih kerana singgah di cantikmamma.blogspot.com.

Pengedar Shaklee Kerteh

Pengedar Shaklee Kemasik

Pengedar Shaklee Paka

Untuk dapatkan harga produk yang lebih murah & sebarang pertanyaan boleh hubungi saya terus di talian 019-9721404.  

Ketahui cara untuk mendaftar sebagai ahli & kelebihan mendaftar sebagai ahli, anda boleh Klik Disini.

Anda juga boleh terus daftar keahlian Shaklee anda dengan klik pada link ini : https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=922665


Continue Reading

Kenapa Berhenti Buat Bisness Tomyam Siam & Kelambu?


Baru sahaja selesai dengar perkongsian daripada New Business Leader dari team Maestro yang bernama Atul. 

Atul mula kenal Shaklee semasa beliau cari produk untuk TTC.

3 bulan selepas itu, Atul mendaftar sebagai ahli Shaklee yang sah pada tahun 2013. Bermula dari situ, beliau dapat buat pembelian produk Shaklee dengan harga ahli dan dapat penjimatan sebanyak 20-30%.

Sebelum ini, beliau ada buat perniagaan tomyam siam & kelambu. Tapi dengan 2 bisness ni, beliau rasa sangat letih bila buat seorang diri bermula dengan ambil produk, packing, post dan kadang-kadang dengan stok tak ada.

Satu hari, beliau terfikir, kenapa aku tak serius buat Shaklee? 

Dengan Shaklee ada mentor yang boleh tolong ajarkan, ada HQ yang tolong postkan produk, ada sistem yang sangat mudah, hanya perlu click2 key in order sahaja.

Bermula dari situ juga, pada awal tahun 2020, beliau mula serius buat bisness Shaklee. 

Hasilnya, masa PKP bulan 3 hari tu, beliau berjaga dapat bonus sebanyak RM500. 

Masa ni suami beliau pun rasa Shaklee ni bukan bisness biasa-biasa. Kalau suri rumah boleh dapat RM500, dah kira hebat dah. 

Dan suami beliau tanya "apa kata cuba buat ribu pulak".

Kita pulak, bila sebelum ni tak ada income, bila dapat RM500 semangat mesti dah lain macam kan. Rasa aku mesti buat lebih. Aku nak buktikan aku dapat lebih banyak.

Masuk bulan 6, beliau dah mula dapat income seribu lebih.

Dan, akhirnya bulan 9, beliau berjaya rank up sebagai Supervisor dengan income RM2000++. TAHNIAH ATUL.

Lepas ni makin banyak peluang yang Atul akan dapat dengan Shaklee. 

Shaklee ni sangat best. 

Bila kita dah jadi leader, antara yang akan kita dapat daripada Shaklee adalah. 

1. Bonus kereta. Shaklee akan berikan duit cash. Boleh guna untuk apa sahaja. 

2. Dapat tajaan percutian dalam & luar negara termasuk Umrah. Semua ditaja exclusive oleh pihak Shaklee.

Dapat banyak sangat peluang lain, termasuklah income yang unlimited.

Nak mulakan bisness Shaklee, hanya perlukan modal sebanyak RM35 sahaja. 

Semua orang mampu untuk cuba dapatkan income dengan Shaklee. 

Hanya perlukan usaha sahaja. 

Semua orang perlu cuba bagi peluang pada diri dengan Shaklee. 

Anda pasti akan jadi salah seorang Leader yang seterusnya. 

Terima Kasih kerana singgah di cantikmamma.blogspot.com.

Pengedar Shaklee Kerteh

Pengedar Shaklee Kemasik

Pengedar Shaklee Paka

Untuk dapatkan harga produk yang lebih murah & sebarang pertanyaan boleh hubungi saya terus di talian 019-9721404.  

Ketahui cara untuk mendaftar sebagai ahli & kelebihan mendaftar sebagai ahli, anda boleh Klik Disini.

Anda juga boleh terus daftar keahlian Shaklee anda dengan klik pada link ini : https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=922665

 



Continue Reading