Wednesday, October 21, 2020

Benda Yang Selalu Buat Anak Kita Cedera Ketika Di Rumah

Semua orang rasa selamat bila berada di rumah. Tapi bila ada anak kecil, di mana-mana sahaja akan jadi bahaya.


Semua rumah ada dapur, semua rumah ada perabot. Benda-benda ni semua lah yang selalunya mendatangkan bahaya pada anak-anak kecik. 

Disini saya senaraikan sedikit sebayak apa yang saya buat untuk control bahaya ni pada anak kecil.

1. Pagar di bahagian dapur. 
Pagar ni sangat penting, sebab dekat dapur ada banyak benda bahaya. Adaperiuk nasi panas, kuali panas, pisau atau apa sahaja. Pastikan pintu pagar ini sentiasa di tutup supaya anak kecik tidak masuk ke bahagian dapur tanpa pengawasan ibu bapa. Dekat Shopee ada jual pagar ni.

2. Bilik air/tandas.
Pastikan pintu bilik air/tandas sentiasa tertutup. Banyak kes kanak-kanak lemas atau jatuh dalam bilik air.

3. Bilik tidur. 
Saya ni sejak dari anak sulung, bila anak dah mula pandai bergolek, memang saya tak pernah tidur atas katil. Sebab banyak sangat kes bayi jatuh daripada katil. Buat sementara ni, katil yang ada kita letak dekat bilik sebelah dulu.Sekarang ni tidur atas tilam je.
Tapi, memandangkan tilam yang ada tu pun boleh tahan juga tinggi dia, 13 inci, so saya pasangkan alas span lembut ni dekat bawah. Kalau terjatuh juga, ada lah sikit span yang tampung. Tak ada lah terhantuk terus pada lantai simen. Benda ni saya beli DIY je.



4. Meja makan. 
Perasan tak bila anak dah mula jalan umur setahun lebih, kepala dia dah sama aras dengan meja. Kalau anak saya, berkali-kali juga dah terhantuk dekat tepi meja ni. So saya pasangkan span pelekat ni dekat sekeliling meja ni. DIY ada jual. Murah je. 
 

5. Console table. 
Semua orang nak rumah cantik, tapi dalam cantik ada bahayanya pada anak kecil. Antaranya terhantuk pada bucu meja. Nak elakkan terhantuk direct pada meja keras tu, saya pasangkan span dekat bucu meja. Kalau terlanggar pun tak adalah teruk sangat kecederaan tu. Span pelekat ni sangat tebal. Beli dekat DIY juga.



Dan, jangan lupa, anak kecil ni bila dah mula pandai berjalan, biasanya diorang suka buka tutup laci & bergantung pada console table ni. Pastikan console table ni di skru terus pada dinding. Anak bergantung ke apa, meja tu tak akan terbalik. 

Ada kes anak officemate saya, bergantung pada console table, nasib tak balik meja yang berat + kayu solid tu jatuh atas anak kecil beliau. Bengkak teruk bahagian hidung dia, nasib tak patah tulang hidung. 

6. Almari tinggi & kurus. 
Kalau kita perasan, model almari ikea ni cantik, kurus dan tinggi. Kalau nak hias rumah dengan almari ni, pastikan almari ini juga di skru terus pada dinding. Kalau anak kecik terbuka almari, terpanjat sekali pun, almari tu takkan terbalik. Kalau tak skru ke dinding, memang mudah terbalik kalau anak-anak panjat.

 

7. Rak. 
Rak ni pun satu. Mudah sangat terbalik. Kalau tak boleh nak skru terus pada dinding, ikat rak ni pada struktur yang kukuh. Kukuh bermaksud, kalau anak kita panjat sekali pun, rak ni tak akan terbalik. 

 

8. Televisyen. 
Sekarang ni banyak rumah pakai flat screen. Ada yang gantung pada dinding, ada yang letak TV tu atas kabinet yang rendah tu. TV macam ni sangat mudah terbalik. Pastikan kalau anak2 tarik TV tu tak terbalik. Ini yang saya praktikkan dekat rumah. Kalau setakat baby yang umur setahun yang tarik, insyaAllah tak jatuh. 

9. Jam dinding / cermin dinding. 
Jam ni saya dapat hadiah dari pakcik saya masa kahwin dulu. Bila gantung dekat dinding, memang anak kecil boleh capai. Pastikan dekat tampat gantung tu betul-betul selamat. Kalau anak kita goyang ke apa, insyaAllah jam ni tak jatuh.

 

9. Basikal.
Bila dah ada basikal, nak letak dekat luar takut orang curi. Letak dalam rumah kalau ada anak kecil jenuh lah nak jaga. Risau kena benda tajam, risau terbalik atas diorang juga. Nak mudah, gantung je terus basikal tu pada dinding. Pastikan anak kecik tak boleh capai. Selamat. 

 

10. Almari kasut. 
Yang ni tak ada lah bahaya sangat. Tapi bila ada almari, kalau tak tutup / dia dah pandai buka, memang habis lah. Setiap hari diorang ni akan keluarkan semua kasut yang ada dekat dalam almari ni. Nak mudah, kita ikat je terus. Sekali sekala nak guna baru buka. 

 

Lain-lain, kerusi, meja makan, memang tak boleh nak kata apa lah. Yang tu bila dah pandai panjat, nak tak nak kena jaga. 
Jangan sesekali tinggal anak kecil tanpa pengawasan. 
 
Dan, antara lain yang saya praktikkan adalah, sediakan 1 bilik yang selamat. Selamat tu maksudnya, kalau kita ada urgent nak masuk tandas ke, saya boleh biarkan anak dalam bilik tu. Maksudnya, tak ada benda yang dia bolek panjat, kalau jatuh dari tilam, bawah tu pun dah alas dengan span lembut juga, So lega lah sikit nak masuk tandas kan. (saya guna bilik tidur utama sebab ada tandas sekali dalam bilik tu.)
 
Apa pun, bahaya di mana-mana. Kita cuba control setakat yang boleh. 
Doakan semoga anak kita semua terhindar daripada bahaya walau dimana sahaja mereka berada. 

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Terima Kasih kerana singgah di cantikmamma.blogspot.com.

Pengedar Shaklee Kerteh

Pengedar Shaklee Kemasik

Pengedar Shaklee Paka

Untuk dapatkan harga produk yang lebih murah & sebarang pertanyaan boleh hubungi saya terus di talian 019-9721404.  

Ketahui cara untuk mendaftar sebagai ahli & kelebihan mendaftar sebagai ahli, anda boleh Klik Disini.

Anda juga boleh terus daftar keahlian Shaklee anda dengan klik pada link ini : https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=922665







4 comments:

  1. Setuju benda - benda yang terdapat dalam foto - foto di atas sangat berbahaya bagi si kecil, apabila dibiarkan tanpa pengawasan dari orang tua, thanks for sharing, nice post...

    ReplyDelete
  2. Betul2. Anak syida umur 8 bulan jatuh katil..sobs. last letak tilam 1 lagi bawah katil then tido bawah. Nasib baik la masa tu ada karpet gebu yang dilipat 2. Kurang2 ade gak alas masa jatuh tu. Syukur tak benjol

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuak gila kan masa kena tu.. Saya ni kalau tiap kali anak jerit, rs jantung nak luruh.. Mmg rs trauma dengan anak2 ni.. Takut sangat.

      Delete
  3. Dulu masa anak-anak kecik, macam-macam benda pasang utk keselamatan. Pagar tu memang kena ada kalau rumah ada tangga. Satu lagi setiap bucu-bucu tu pun memang kena jaga. Yang lain tu ok lagi la, anak-anak tak pandai usik. Syukur tak ada lagi jadi yang tak diingini.

    ReplyDelete