Sunday, October 11, 2020

Menonong Sampai Tak Nampak Ciku

Sape sama macam saya?

Kalau jalan tu menonong je ke depan. Hahahahah

Ceritanya, pagi semalam masa keluar rumah nampak ada bekas buah ciku yang dah dimakan oleh burung.

Bau manissss sangat.

Kebetulan abahnya tak ada.

Bila abahnya balik, bising sekali lah anak-anak cerita pasal burung makan ciku dekat atas simen. Tak tahu lah dekat mana burung tu dapat ciku. Tumpang makan je dekat rumah kami. Hahaha.

Dah nampak ciku, terus cakap dekat husband, lama dah tak ada orang jual ciku. Teringin nak makan sangat. Tapi tak ada orang jual.

Tiba-tiba dia jawab.

"Apanya tak ada, makcik tu selalu je jual dekat tepi jalan tu".

Haaaaaa? Memang ternganga lah saya dengar.

Sebabnya dah lama cari ciku, sejak wife sepupu saya mengandung lagi dia mintak saya tolong tengokkan. Kebetulan dia di Kemaman, so dia minta saya tengok-tengokkan kot-kot ada orang jual ciku. Kalau ada dia nak balik Terengganu nak lalu dekat Kerteh ni sebab nak cari ciku.

Tapi, memang tak ada lah. Tak tahu lah betul-betul tak ada atau saya yang tak perasan.

Tup2 pagi tadi kebetulan keluar sekejap nak ambil kereta, suami saya cakap, tu ada je makcik tu jual ciku. (masa ni pun saya tak perasan ada makcik jual ciku).

So saya cakpa tak apa lah, nanti balik lunch hour nak singgah. Nak beli ciku.

Masalahnya, balik lunch hour tu pun tak perasan nak tengok kiri jalan orang jual ciku tu. Jadinya, melepas lagi lah nak makan ciku.

Tak tahu lah kenapa. Jenis menonong je jalan ke depan. Fonus sangat kot untuk ke tempat yang dituju tu sampai dah tak tengok kiri kanan.

Kalau drive kerete, memang jenis tak tengok kiri kananlah. Kalau orang cerita dekat tepi tu ada kedai tu, ada orang jual ni, memang saya tak tahu. Apatah lagi kalau ada yang tanya, kedai sekian2 bukak tak hari ni. Jawapan dia " tak perasan lah ". 

Smacam tu juga kalau keluar pergi pasar malam ke, shopping mall ke, kalau jumpa orang cakap sombong.

Bukan sombong, tapi jenis tak tengok kiri kanan. Tambah pulak mata rabun. Kalau orang tak tegur, memang "sombong" sungguh lah jadinya.

Lepas ni kalau korang jumpa saya dekat mana-mana tegur tau.

Saya ni kalau ajak sembang, sampai esok pun tak habis. Hahahahahha

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Terima Kasih kerana singgah di cantikmamma.blogspot.com.

Pengedar Shaklee Kerteh

Pengedar Shaklee Kemasik

Pengedar Shaklee Paka

Untuk dapatkan harga produk yang lebih murah & sebarang pertanyaan boleh hubungi saya terus di talian 019-9721404.  

Ketahui cara untuk mendaftar sebagai ahli & kelebihan mendaftar sebagai ahli, anda boleh Klik Disini.

Anda juga boleh terus daftar keahlian Shaklee anda dengan klik pada link ini : https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=922665



0 comments:

Post a Comment