Wednesday, September 30, 2020

Hafal Alamat Rumah Sewa? Perlu Ke?

Baca tajuk je, semua akan rasa perlu ke nak hafal?

Jawapannya, SANGAT PERLU.

Saya ada satu tragedi yang nyaris korbankan seluruh rumah.

Kejadian ni berlaku pada tahun lepas. Masa tu saya sedang berpantang hari ke-5 untuk anak yang ke-3.

Memandangkan saya yang sedang berpantang, so mak saya memang akan datang rumah untuk masak & tolong tengokkan anak-anak juga. Pukul 2 petang, kami makan tengahari. 

Masa tu saya ada terhidu bau hangit. Cuba tanya orang lain samada diorang ada bau ke tak, tapi mak, ayah adik, suami, semua cakap tak ada bau.

Kebetulan, rumah dekat depan tu selalu je bakar sampah lah, dan bau asap tu perkara biasa, so saya fikir mungkin bau tu dari rumah depan kot. Tapi acap kali jugak lah saya tanya orang lain ada bau hangit ke tak. Memang semua jawab tak ada. Sebab bau hangit, bukan bau asap.

Pertanyaan tu habis dekat situ je.

Selesai makan, kemas semua.  Mak, ayah & adik saya balik dan bawa anak saya yang lagi 2 orang tu.

Suami pula keluar nak beli ikan. Maklumlah, isteri tengah pantang, nak kena makan ikan fresh. So ikan pulak bukan sebarangan.

Tinggallah saya berdua dengan baby yang berumur 5 hari.

Waktu ni dalam pukul 4 petang.

Baru je pulas tombol pintu nak masuk bilik temankan baby tidur, saya dengar bunyi praaangggggg. Kuat sangat bunyinya. Bunyi seakan kaca pecah berderai.

Dalam hati fikir, ni mesti boiler dekat dapur pecah ni.. Tapi tak berani nak pergi intai.

Call husband, cakap dekat dia rasanya bunyi water heater (boiler) pecah lah. Tapi tak tengok lagi sebab takut.

Dia suruh saya pergi intai.

Bila pergi dapur, nampak boiler tu OK je. Rupanya dapur kaca tu yang pecah. Tapi masa ni tak nampak ada api atau asap. Cuma bau ala-ala gas.

So dah tahu apa yang pecah, suami saya sambung beli ikan. 

Dalam hati fikir, bau gas ni. Teringat lah yang belajar sebelum ni.

Katanya kalau bau gas, kena buka semua tingkap. Biar gas tu keluar.

Apa lagi, saya pun buka pintu dapur. Pintu dapur 1 je tau dan terus nak masuk bilik.

Tak sempat masuk bilik, rasa tak sedap hati, saya patah balik ke dapur.

Masa ni dah nampak api merah dekat bawah dapur. Api tu duduk antara dapur dengan kabinet. Tak naik atas. Masa ni dalam hati dah rasa, memang kesalahan dah ni buka pintu. Sebeb oksigen dah masuk. Memang api lagi mudah merebak.

Masa ni dah start cuak dah. Terus call husband bagi tau dapur terbakar.

Api kecil lagi masa ni. 

Nak tolong simbah, tapi takut. Campur pulak kita tengah pantang baru hari ke-5, nak angkat baldi berat2 tak berani. 

Nak ambil kain nak tekup atas tu pun tak berani. Padahal office baru sahaja buat latihan getah gas terbakar beberapa bulan sebelum tu.

So tunggu je husband. Memang di pun pecut balik. Dalam masa 2-3 minit dia sampai rumah.

Masa ni dah menggigil-gigil dah. Saya dah bawa baby keluar rumah. Husband sampai, asap dah penuh dalam rumah.

Dia masuk rumah sambil jerit minta saya call bomba. Masa ni jugak, blower atas tu pun dah terbakar & kabinet bawah pun dah habis terbakar.

Dengan tak simpan nombor telefon bomba, memang kalut lah, tak tahu macam mana nak call. Ni memang kesalahan besar.

Wasup dalam group family mintak diorang call bomba. Bila diorang tanya nak suruh bomba ke mana,  masa ni dah blur dah, sebab tak tahu nak cakap alamat mana. Kebetulan kami baru pindah rumah tu dalam 2 tahun dan saya tak pernah hafal alamat rumah. Alamat surat menyurat pun semua pakai alamat rumah mak. Memang rasa tiada kepentingan pun nak hafal alamat tu.

Suami pulak tengah cuba nak padamkan api. Sambil padam dia jerit suruh call bomba.

Asap masa ni, masyaAllah. Samapi ke luar dah. Takut campur menggigil sambil pegang baby, sambil kalut nak cari no telefon bomba. Sambil tu juga saya jerit dari luar mintak suami keluar rumah. Takut dia terperangkap dalam asap tu.

Masa ni jiran memang tak ada. Sebab semua keluar bekerja. Jerit pun kami 2 orang je.

Dapat no telefon bomba dari group wasup, terus je call. 

1st call tak dapat.

2nd call baru dapat. Bila bomba tanya alamat, saya tak tahu. Bil yang ada alamat pun semua tampal dekat peti dapur. Saya tak hafal alamat. Cuba bagitau rumah dekat Shell, bla bla bla. Katanya nak alamat penuh.

Masa ni dah menangis dah takut. Memang tak ingat langsung. Tak boleh nak bagtau dah.

Dan alhamdulillah, tengah kalut nak bagi alamat dekat bomba, suami bagitau api dah berjaya padam.

Ya Allah. Rasa lega macam nak pengsan. Terduduk memangis sambil dukung baby. 1st time saya hadap benda emergency macam ni.

Dapur memasak hangus, cabinet dapur hangus, blower semua hangus. And ada 4 keping tiles dekat dinding tu pecah jugak. 

Masa ni rasa Alhamdulillah sangat, sebab  ini sahaja kerosakan / kerugian yang ada. Paling penting, tak ada lah sampai terbakar dapur sebiji. Lagi-lagi rumah teres. Terbayang-bayang dah macam mana kalau merebak ke rumah sebelah.

Syukur ya Allah. Allah masih pelihara lagi harta benda yang ada.

Dah reda, cool down semua, baru lah suami start bersihkan dapur. Buang apa yang patut. Sedih jugak tengok hood & hub yang baru pakai 2 tahun, yang memang brand & pattern idaman hati dah hangus semua.

Pujuk hati, positif je. InsyaAllah, banyak lagi rezeki lain yang Allah akan berikan.

Daripada kejadian tu juga, memang banyak sangat pengajaran untuk kami. Antaranya:

1. Jangan ambil mudah dengan bau asing (asap). Cari punca bau sehingga jumpa. 

2. Pastikan dekat rumah ada fire extinguiser.

3. Kena beranikan diri. Sebab dah pernah belajar cara padamkan api, perlu beranikan diri ke depan untuk tekup api masa api masih kecil.

4. Simpan no telefon kecemasan. Bomba, Polis, Hospital/Klinik terdekat.

5. HAFAL ALAMAT rumah walaupun rumah sewa. Kecemasan tak kira tempat. Boleh berlaku di mana-mana, pada bila-bila masa sahaja.

Semoga kejadian ini menjadi pengajaran untuk korang semua juga.

Ambil iktibar, sediakan apa yang perlu.

Yang ikhlas,

Mama anak 3.

Pengedar Shaklee Kerteh

Terima kasih kerana singgah di cantikmamma.blogspot.com.

 





 


22 comments:

  1. Seram pulak baca ada kecemasan gini time berpantang. Alhamdulillah semua selamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, tengah pantang pulak tu.. Insaf dah. Hafal dah alamat

      Delete
  2. Fuhh mendebarkan!! Alhamdulillah semua selamat. Allah tarik sikit nikmat

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Allah masih pelihara Ida sekeluarga.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah semua OK. Btul alamat penting Sgt.

    ReplyDelete
  5. Allahuakbar. Alhamdulillah semua selamat. Seram membacanya

    ReplyDelete
  6. Memang saya pun ambil masa hafal alamat baru. Selalu rujuk pada learn memandu kalau beritahu orang alamat.

    ReplyDelete
  7. Betul. Lepas kejadian tu, terus hafal alamat.

    ReplyDelete
  8. Alamak, uncle pon tak pernah hafal alamat! huhuhu

    ReplyDelete
  9. Betul ida. bau gas tak boleh buat main. terbau sikit pun, check je. apapun, syukur semuanya selamat. pengalaman dan pengajaran yang tak boleh dilupakan.

    ReplyDelete