Wednesday, September 9, 2020

Kenali Saya

 Assalamualaikum wbt.

Nama diberi, Norahida Binti Ibrahim. Boleh pangil sahaja Ida. Berumur 34 tahun, mempunyai 3 orang cahayamata perempuan yang comel & bijak (si cantikmamma). 

Berasal daripada Kerteh, Terengganu. Membesar juga di Kerteh, Terengganu. 

Antara tempat belajar sebelum ini.

5-6 tahun : Tabika Kemas Kg Batu Putih, Kerteh

7-12 tahun : Sekolah Rendah Kebangsaan Kerteh 

13 tahun (Tingkatan 1) : Sempat bersekolah sekejap di KOSPINT. 1st time berpisah dengan keluarga, "homestick" dan seterusnya tukar ke MRSM-YTD di Dungun, Terengganu. Alhamdulillah, walaupun "homesick" juga, almost setiap minggu family datang ke sekolah & bawa keluar akhirnya berjaya habiskan persekolahan dekat MRSM-YTD sehingga tingkatan 3, ketika berumur 15 tahun.

16-17 tahun : MRSM Kuala Terengganu. Masa tu yang saya tahu ini MRSM yang ke-2 terbesar dalam Malaysia. Dan, jangan tak tahu, MRSM-KT ni ada "swimming pool" tau. Orang kampung macam saya, bila ada jumpa kolam renang, memang rasa jakun sikit lah. :)

Seterusnya, sambung ke Matrikulasi Pahang selama setahun.

Dan rezeki saya juga, dapat sambung belajar untuk jurusan Jurutera Elektrik (Power System) di Universiti Malaysia Pahang. 

Habis sahaja belajar, terus sahaja dapat kerja di tempat saya bekerja sekarang.

Sekarang, dah 11 tahun saya berkerja dalam bidang Oil & Gas di negeri Pantai Timur. Status sekarang sebagai isteri dan ibu kepada 3 orang cahayamata, bukan menjadi halangan untuk kita kejar apa yang di impikan. 

Saya juga, merupakan Pengedar Shaklee yang sah sejak tahun 2013 dengan no ID 922665.

Selain peroleh pendapatan daripada gaji hakiki sebagai seorang jurutera, setiap bulan saya juga terima bonus bulanan daripada Shaklee. Alhamdulillah untuk rezeki ini.

Yang nak mencuba Shaklee, nak tanya lebih lanjut berkaitan Shaklee boleh terus hubungi saya di no 019-9721404.

Pengedar Shaklee Kerteh. 

Anda juga boleh terus daftar keahlian Shaklee anda dengan klik pada link ini : https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=922665

Sekian, terima kasih.

P/s : Untuk yang pernah bersekolah sekali di mana-mana sekolah, yang mungkin pernah kerja sekali di Pantai Timur, boleh lah komen ya.




Related Posts:

0 comments:

Post a Comment